Radiator tersumbat??
Over temperature???
Pengguna kereta biasanya pernahh menghadapi perkara seperti ini:
1. Air kurang, biasa terjadi apabila berlakunya kebocoran pada radiator.
2. Kipas tidak berfungsi. Masalah mungkin berpunca dari karbon motor sudah haus dan mungkin juga fius yang mengawal kipas untuk automatik ada masalah.
3. Radiator tersumbat. Radiator mempunyai tiub saliran yang kecil dan tersusun rapi. Sekiranya tiub saliran ini tersumbat, air tidak dapat berjalan dengan lancar.
4. Thermostat rosak. Ia berpunca daripada saliran air yang tidak lancar di dalam radiator yang menyebabkan karat pada thermostat. Macam mana nak tahu? Sila pegang hose pipe atas dan hose pipe bawah, jika hose pipe atas panas dan hose pipe bawah sejuk, kemungkinan thermostat rosak dan harus diganti baru.
5. Penutup radiator atau cap, jika rosak, cabut paip kecil yang bersambung ke tangki simpanan, tekan pedal minyak. Jika air banyak keluar dari paip kecil tersebut maka SAH penutup atau cap radiator rosak. Perlu diganti baru.
Jika air tetap keluar, mungkin radiator tersumbat, hantarlah kenderaan ke bengkel untuk pemeriksaan.
6. Check water pump masa start pagi-pagi tu, bukak cap radiator itu, kalau memang nampak air dalam radiator tak gerak langsung atau terpancut air keluar. Maknanya ada kemungkinan water pump rosak
Sebagai langkah awal, kita perlu periksa jumlah air radiator dalam tangki setiap minggu atau lebih kerap. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max. Tambahkan jika kurang. Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh. Tambahkan jika kurang. Sekali gus kita dapat mengesan kerosakan yang berlaku dan mencegahnya lebih awal.
JIka terdapat tanda-tanda kerosakan atau kebocoran, segera hubungi mekanik berdekatan untuk membaiki kerosakan yang berlaku.
No comments:
Post a Comment