Friday, May 20, 2016

7 Cara Menjaga Sistem Penyejukan Kereta

kredit gambar : slideshare.net


PENJAGAAN sistem penyejukan adalah amat penting untuk sesebuah enjin. Enjin boleh terlebih panas jika suhu enjin mencecah pada paras merah di meter panel.

Ini boleh mengakibatkan blok head bengkok, air masuk dalam sistem pelinciran dan menyebabkan enjin 'sangkut'.

Ketika memandu, jika tiba-tiba terlihat meter suhu naik mendadak, cepat-cepatlah berhentikan kereta di tepi jalan. Buka bonet depan, biarkan seketika enjin sedikit sejuk barulah periksa apa yang rosak.

Antara masalah boleh mengakibatkan suhu naik, air cooling radiator kering, radiator tersumbat, drain screw radiator longgar, tidak menutup penutup radiator dengan baik, sensor suhu tak betul, hos penyambung ke radiator bocor, water pump rosak atau tersumbat, kipas radiator atau termostat rosak.


1. Periksa air radiator

Pastikan tangki air sentiasa cukup dan penuh apabila membuka penutup air. Cuba lihat air di dalamnya, jika berkarat dan berkeladak mungkin radiator tersumbat.

Perlu keluarkan air tersebut dengan buka hos bawah dan masukkan hos air dari atas dan drain screw radiator dibuka.

Biarkan air masuk mengalir dalam enjin hingga air karat keluar kesemuanya. Kemudian pasang semula drain screw radiator. Isi air di dalam radiator.

Amaran, jangan membuka penutup radiator ketika panas. Biarkan dalam satu jam hingga sejuk dahulu.

Gunakan kain tebal untuk membukanya. Ini bagi elakkan wap dan air panas terpercik pada anggota badan.

Pastikan tiada bocor pada radiator. Lihat bawah kenderaan anda. Jika ada air menitis, cari puncanya, selalunya dari drain screw. Mungkin kebocoran pada radiator atau pada bahagian berkaitan.

Pastikan air dalam tangki simpanan ini dalam paras antara minima dan maksima.


2. Periksa pressure cap

Periksa keadaan spring dan juga rubber seal. Secara teknikal penutup itu ada tercatat suhu dan tekanan pada penutup tersebut. Cara pastikan ia berfungsi dengan menekan spring tersebut dan lihat ia berfungsi atau tidak.


3. Periksa sensor suhu

Kadangkala masalah berlaku bila jalan sesak sebabkan suhu enjin meningkat.

Jika pusingan kipas perlahan maka suhu di dalam tangki lambat turun. Atau pun sensor ada masalah dengan setting dan lambat cut in atau kadang kala berkemungkinan water pump impeller sudah rosak.

Sensor suis ini amat penting dan jika kipas tak berpusing dan suhu enjin melebihi ¾ dari meter panel odometer,  kemungkinan sensor rosak.


4. Periksa hos

Lihat pada hos kenderaan anda. Jika ada tanda-tanda retak, koyak disyorkan tukar berserta dengan klip baharu. Juga periksa hos kecil yang bersambung dengan sistem ini.


5. Water pump

Periksa jika ada tanda-tanda air keluar di sekeliling water pump. Ada dua sebab jika berlaku sama ada gasket bocor keluar air atau pump housing retak. Jika ini berlaku, disarankan segera tukar pam baharu.

Kebiasaannya mekanik akan tukar water pump sekali dengan gasket.


6. Periksa radiator fan

Periksa sambungan pendawaian, kotak fius, sensor suhu dan motor kipas. Periksa kipas radiator adakah ia berfungsi dengan baik. Apabila kipas berpusing pastikan keadaan pusingan normal tanpa terdengar bunyi abnormal.

Jika didapati pusingan kipas perlahan kemungkinan sambungan longgar atau karbon motor sudah haus.

Tetapi jika kipas tidak berpusing, periksa dengan menggunakan test pen pada motor. Pastikan ada bekalan elektrik. Jika kipas berpusing, periksa pada termostat, takut tersumbat pula.


7. Termostat

Pemeriksaan tidak dapat dilakukan disebabkan ianya terletak di dalam. Ada kes tertentu termostat 'sangkut' hingga enjin terlebih panas.

Oleh itu, jika ia berlaku anda boleh buka dua skru nat dan buangkan. Tapi ini hanya dilakukan bila berlakunya kes kecemasan.

Jika semua sudah dilakukan tanpa jumpa tanda-tanda tak normal pada kereta, tapi suhu masih tinggi, mungkin ada sesuatu tidak kena pada meter panel odometer anda.Periksa wayar kabel yang dipasang di enjin untuk memastikan ia tidak longgar atau rosak.

Wednesday, May 18, 2016

Temperature Kereta Naik Mengejut

kredit gambar : firestartingautomobile


Pernahkah anda mengalami situasi temperature kereta anda naik secara tiba-tiba? Ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh jika ianya berlaku.Antara salah satu faktor temperature kereta anda naik ialah kerana:-


1)Terdapat kebocoran pada sistem penyejukkan enjin anda (radiator bocor, host-host sambungan, kebocoran pada water pump,
2)Minyak enjin anda terlalu kotor
3)Kipas Radiator tidak berfungsi dengan baik atau rosak
4)Tangki radiator tersumbat
5)Termostat

Pemeriksaan yang kerap dan berkala pada keadaan air atau cecair radiator sangatlah diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga. Oleh itu lakukan penyelenggaraan mengikut jadual.


Antara masalah yang boleh mengakibatkan High temprature ialah:
1.Air cooling Radiator kering. Radiator tersumbat.. Drain Screw Radiator loose.
2. Tidak menutup radiator cap dengan baik.
3. Sensor Temperature tak betul
4.Hos penyambung ke radiator bocor.
5.Water Pump Rosak atau tersumbat
6. Kipas radiator rosak.
7. Thermostat rosak.


Monday, May 16, 2016

Penyakit Radiator Yang Wajib Anda Tahu



Radiator tersumbat?? 
Over temperature??? 

Pengguna kereta biasanya pernahh menghadapi perkara seperti ini:
1. Air kurang, biasa terjadi apabila berlakunya kebocoran pada radiator.
2. Kipas tidak berfungsi. Masalah mungkin berpunca dari karbon motor sudah haus dan mungkin juga fius yang mengawal kipas untuk automatik ada masalah.
3. Radiator tersumbat. Radiator mempunyai tiub saliran yang kecil dan tersusun rapi. Sekiranya tiub saliran ini tersumbat, air tidak dapat berjalan dengan lancar.
4. Thermostat rosak. Ia berpunca daripada saliran air yang tidak lancar di dalam radiator yang menyebabkan karat pada thermostat. Macam mana nak tahu? Sila pegang hose pipe atas dan hose pipe bawah, jika hose pipe atas panas dan hose pipe bawah sejuk, kemungkinan thermostat rosak dan harus diganti baru.
5. Penutup radiator atau cap, jika rosak, cabut paip kecil yang bersambung ke tangki simpanan, tekan pedal minyak. Jika air banyak keluar dari paip kecil tersebut maka SAH penutup atau cap radiator rosak. Perlu diganti baru.
Jika air tetap keluar, mungkin radiator tersumbat, hantarlah kenderaan ke bengkel untuk pemeriksaan.
6. Check water pump masa start pagi-pagi tu, bukak cap radiator itu, kalau memang nampak air dalam radiator tak gerak langsung atau terpancut air keluar. Maknanya ada kemungkinan water pump rosak
Sebagai langkah awal, kita perlu periksa jumlah air radiator dalam tangki setiap minggu atau lebih kerap. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max. Tambahkan jika kurang. Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh. Tambahkan jika kurang. Sekali gus kita dapat mengesan kerosakan yang berlaku dan mencegahnya lebih awal.
JIka terdapat tanda-tanda kerosakan atau kebocoran, segera hubungi mekanik berdekatan untuk membaiki kerosakan yang berlaku.